Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, April 6, 2014

PESANAN BUAT ADAM



buat HAMBA ALLAH yang berketurunan ADAM,
sudah pastinya suatu saat nanti kau BAKAL bergelar IMAM,
sebelum itu,persiapkan dirimu dengan ILMU AGAMA mulai dari sekarang,
jangan ditunggu tiba waktunya bergelar SANG IMAM baru kau akan mulai BERUBAH & FAHAM,


kerana ALAM PERKAHWINAN yang bakal kau SELAM itu,
harus kau pandu dengan BAHTERA ILMU ISLAM,
SELAM bukan bermaksud kau harus KARAM,
kau adalah NAKHODA JUANG yang bakal merintis PEJUANG-PEJUANG KECIL ISLAM dalam menggempur LANUN-LANUN JALANG,
BUKAN MUDAH tanggungjawab itu untuk kau pegang,
semua itu kau perlukan BEKALAN IMAN yang CUKUP & BUKAN ILMU YANG KURANG,
PERMAISURI,PUTERA & PUTERI yang bakal kau miliki ,
bukan hanya perlu kau curahkan dengan KASIH SAYANG,
WAJIB untuk kau memimpin mereka dengan IMAN ke SYURGA yang penuh keriangan,
inginkah kau bergelar IMAM YANG DAYUS lagi CURANG?
DAYUS kerana membiarkan MAKMUM-MAKMUM mu mencalit nikmat KEMAKSIATAN yang membinasakan,
CURANG kepada ALLAH dalam menyampaikan AMANAH yang dipertanggungjawabkan.

ADAM yang DIKASIHI,
SUJUD & PATUHLAH pada perintah ILAHI,
jadilah BAKAL IMAM sejati,
bentuklah sahsiah bakal MUJAHIDAH/MUJAHIDIN kecilmu
dengan sahsiah terpuji,
sematkanlah IMAN didalam diri,
kerana kau PEMIMPIN DIHORMATI,
kerana kau harapan BAKAL MAKMUMmu untuk memimpin mereka ke SYURGAWI,
BUKAN untuk kau KHIANATI,
BUKAN untuk kau SAKITI,
BUKAN untuk kau ZALIMI haknya sebagai PERMAISURI,PUTERA & juga PUTERI,
mulai SAAT INI,BERHIJRAHLAH kepada HIJRAH yang LURUS SELURUS-LURUSNYA,
TAUBATLAH kepada TAUBAT yang SEBENAR-BENARNYA,
KEMBALILAH KE FITRAH ISLAM SEBENAR-BENARNYA,
moga TANGGUNGJAWABMU sebagai NAKHODA BERTAQWA mampu memandu seluruh ANAK KAPAL & SEISINYA ke arah REDHA ALLAH dalam menuju DESTINASI BAHAGIA, SYURGA ABADI SELAMANYA.



Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud '' JALAN KE SYURGA dibentangi dengan perkara yang TIDAK DISUKAI, manakala JALAN KE NERAKA dibentangi dengan SYAHWAT ''-HR AL-BUKHARI & MUSLIM
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by

Post a Comment

Followers