Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, April 9, 2014

AKU,BAWANG,NIQABIS & BASIKAL

        ''Haihh.panas betul harini.barang dapur tak beli lagi ni.nak beli petang karang,tengahari aku nak makan apa? kalau beli makanan tetap kena keluar jugak.GRRR..MALASNYA!'' ngomelku sendirian.mahu tidak mahu ku gagahkan juga kaki ini melangkah.Anak tudung merah jambu ku sarungkan ke kepala.Terasa bahang makin menggila.Kemeja T lengan pendek berwarna kelabu,seluar jeans sendat berwarna biru.ku tepekkan bedak tipis dimuka sambil mengoles lipstik merah jambu muda di bibir mongelku ketika dihadapan cermin.Ku terlihat cardigan hitam tergantung dibirai katil.'nak pakai tak ek? malas ar.panas! aku nak pegi pasar borong je kot.bukan nak dating bagai.sape je nak tengok.lengan ni pun halal je la kalau ada nak tengok.hehe' getus hatiku memberi alasan seakan kisah tidak kisah tentang batasan aurat.kunci yang terdapat keychain minion comel ku capai untuk menggerakkan Myvi kuning yang pegun di bangsal rumah.




        ''Alamak!time ni jugak kau nak buat hal kan 'aircond' ?apakah masalah kau sebenarnya? menyampah betul.da la panas sangat harini'',aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa aircond kereta ku sudah kehabisan isian.Cuaca semakin hari semakin tidak menentu,dua tiga minggu lalu habis kepoh satu Malaysia suhu di negeri-negeri utara sejuk umpama diluar negara.kononnya sampai tahap sejuk beku! Harini,panasnya pula seakan aku berada di Gurun Sahara.Enjin sudah panas,lalu aku pun memandu ke tempat yang ingin dituju.

        Pasar Borong Hj Kaya Bin Raya,itu sahajalah kedai runcit merangkap pasar borong yang terdekat di kawasan kampung aku ni.Berbeza dengan pasar borong di bandar-bandar besar,ala pasaraya je sebenarnya.kalau di Kuala Lumpur,pasar borongnya 4 kali ganda lebih besar dari sini.almaklumlah ,aku hanya menyewa dikampung ini kerana aku ditugaskan untuk bekerja dikawasan sekitar sini.Cermin tingkap telah pun ditutup,aku keluar dari perut kereta dan menyorong satu trolley yang diletakkan berhampiran dengan parkir kereta.'Wahh!sejuknyaaa!' Aku menarik nafas lega menikmati kesejukan pendingin udara didalam pasar borong yang takberapa nak besar ini.Lantas ku halakan laluan ke bahagian basah dimana terletaknya ikan,udang,ayam dan berbagai-bagai jenis keperluan basah.Usai menimbang ikan dan udang,aku menuju ke ruangan sayur-sayuran.ku capai beberapa helai plastik untuk ku isikan dengan bawang-bawang.Tiba-tiba,entah dari mana muncul seorang wanita yang berpakaian serba hitam dari atas ke bawah memberi salam.Aku sekadar menjawab salamnya secara acuh tidak acuh dan memberi laluan untuknya memilih bawang.'Sudahla atas sampai bawah hitam ,muka pun nak ditutup dengan kain hitam.nasib baik aku tak pengsan tengok orang rupa da macam hantu jadi-jadian'.Umpatku tentangnya dihati kecilku.Lantas aku berlalu ke kaunter untuk melakukan urusan pembayaran kerana aku ingin cepat pulang!

      'Manalah peginya si bawang putih,bawang merah kesayangan hamba .bawang putih oh bawang merah? dimanakah anda? semua benda tak kena harini.geram pulak aku.takkan tertinggal kot kat kaunter tadi.ahh.menyampah!', hatiku mulai merasa sebal apabila bawang putih dan bawang merah yang aku beli tiada dalam bungkusan.sudah 3-4kali aku memeriksa bonet kereta namun tiada tanda-tanda yang menjelaskan bahawa bawang putih dan bawang merahku ada.Misteri sungguh!seingatku memang bungkusan bawang putih dan bawang merah itu berada didalam beg plastik besar yang terisi dengan halia,kunyit dan rempah-rempah yang aku beli tadi.'Macamana agaknya rasa lauk kari ayam tanpa bawang putih dengan bawang merah? aku dahla teringin sangat ni.hmm.buat ayam goreng jela senang.malas nak patah balik gi pasar borong.jauh!'

      ''Assalamualaikum..Assalamualaikum..''kedengaran suara halus seorang wanita memberi salam,aku segera memulas tombol pintu untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam itu.''Waalaikumussalam,ye kak.nak cari siapa? '' ,soalku kepada seorang wanita yang masih segar ingatanku tentangnya. ''Adik tadi ada tertingal barang dekat kaunter,ni akak tolong bawakan sebab rumah akak kat hujung kampung tu,alang-alang akak bagi jela sekali.kesian adik nak masak takde barang.''jawabnya mesra.aku terpempan.Sambil tergagap-gagap aku cuba memecah kekekokanku ,'' Ter...Ter..Terima kasih kak,susah-susah saje.Mana tahu saya tinggal disini?''  soalanku dibalas dengan senyuman dari matanya.''oh.akak memang selalu perasan adik bawak kereta kuning tu bila kat luar.Haritu masa nak balik ke rumah dari pekan ternampak kereta adik belok ke sini.jadi akak yakin lah rumah adik kat sini.Minta maaflah ganggu.kalau ada masa nanti datanglah rumah akak.insyaAllah.rumah akak tiang lampu 12,warna kuning juga.''Suaranya sungguh mesra,sangkaan ku meleset sama sekali.dia bukan hantu jadi-jadian.bukan juga khemah yang berjalan.Aku sangat tertarik dengan kehalusan budinya.''Kak,datang kesini naik apa? panasni.masuklah dulu,kita minum-minum.'' pelawaku sambil memegang bungkusan bawang. ''Allah.baiknya hati adik.akak ke sini naik tayar dua tu (sambil menuding ke arah satu basikal tua).Akak taktahu nak bawak moto,drive kereta pon akak trauma.Tu jela kawan baik akak yang bawa akak kemana-mana bila suami akak kerja.maaflah,harini takboleh.Akak sibuk sikit kat rumah tu lagipun akak tak bagitahu suami lagi nak kesini.dia tak kisah pun kalau akak nak ke rumah kawan,cuma akak lebih selesa mintak izin darinya dulu.yela kot-kot dia tertunggu-tunggu dirumah.tak sedaplah rasanya.Akak minta diri dulu ya.Assalamualaikum.'' Lantas dia memelukku dan mengucup pipiku lembut.Aku menjawab salamnya dan membiarkan dia berlalu pulang.Aku masih tercegat dimuka pintu.Hatiku seakan-akan sayu berpisah dengannya.Kemesraannya,Haruman niqabnya yang lembut,lirikan senyuman matanya benar-benar membuatkan aku serba salah kerana bersangka buruk padanya.

              'Panas-panas macamni pun dia ke kedai sejauh tu naik basikal dengan pakaian labuh yang menutup seluruh auratnya.pakai stokin tangan,stokin kaki.dia tak panas ke ?Sedangkan aku,pandu kereta,taksampai 5 minit dah sampai pakai baju pun entah macam apa.tudung singkat,baju lengan pendek,jeans ketat.malunya aku!aku takpernah mendekati dan didekati dengan orang yang macamtu.Nak masuk rumah aku pun nak mintak izin suami.Taatnya.Subhanallah!Aku kalau nak pergi shopping ke gi rumah Shima pun takpernah nak mintak izin papa.tapi akak niqabis tu..Aku taktahu kenapa aku nak sangat kenal dengan dia lagi.Aku taktahu kenapa hati aku sayu sangat ni.ya Allah,kenapa dengan aku ni?!',air mataku mencurah laju tanpa dipinta.makin aku seka,makin mencurah hebat tiada nokhtahnya.'Aku islam sama sepertinya,tapi akhlakku tidak menggambarkan agamaku yang sebenarnya.aku perlukan bimbingan.Aku ingin menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga.tetapi,bagaimana? ujian tutup aurat sahaja aku sudah kalah,lagikan ujian yang amanah? Solat 5 waktu bermusim,kadangkala tak pernah,puasa di bulan ramadhan pun aku tak lakukan.bacaan al-quran aku juga merangkak-rangkak parah.belum lagi yang lain-lain.Aku kena jumpa akak tu'.aku takpernah ingin untuk berubah,tapi kali ini semangatku membuak-buak .Ku capai baju kurung longgar yang sudah lama terperuk didalam almari,ku sarungkan ke badan.ku capai tudung bawal,ku pinkan didagu aku selimpangkan didada.walau kelihatannya cara aku menutup aurat masih cacat,tapi ku rasakan diriku sangat cantik menutup aurat seperti ini.tak seperti selalu.Aku segera menghidupkan enjin Myvi milikku dan menuju ke hujung kampung.

             Satu persatu tiang aku amati dan aku bilang didalam hati. 7..8..9..10..11..12! Aku segera menekan brek kereta.Aku menoleh ke kiri dan kanan jalan.'Rumah warna kuning?tiang lampu 12?'Aku berteka-teki.Aku keluar dari kereta,melihat ke kiri dan kanan mencari-cari kelibat rumah kuning.Tapi,tiada kelihatan.30meter dari kedudukan tiang lampu bernombor 12 ini hanya ada sebuah masjid berwarna kuning yang tersergam indah dan disebelahnya juga terdapat sebuah rumah berwarna kuning.tapi..Kelihatannya sudah tidak berpenghuni.Aku membatukan diri tanpa arah tuju.''dik,buat apa kat sini?jom masuk masjid.dah nak asar ni'' ,sapa seorang makcik tua yang memakai seragam solat berwarna putih.aku tersenyum dan mengangguk tanda bersetuju.Aku masih bingung,niqabis yang berbasikal itu dimana? atau ianya merupakan hidayah dari yang Maha Kuasa? Air mataku mencurah lagi.Mencurah kerana aku rindu menghadap Ilahi.yang pasti,niatku hanya satu.Aku ingin berhijrah.Berhijrah menjadi yang lebih baik dari hari semalam.

             4 tahun berlalu,aku kini sudah berumahtangga & menjadi surirumah tangga sepenuh masa.Alhamdulillah,aku masih berada dijalanNya dan bila difikirkan kembali,terlalu banyak perbezaannya aku dulu dan aku yang kini.Suamiku lebih gemarkan aku berniqab walaupun dia tidak pernah memaksa.Sejak kemalangan jalanraya 2 tahun yang lalu,aku sangat trauma untuk memandu sendiri.Jika suamiku bekerja diluar kawasan,aku terpaksa berulang alik ke kedai dengan berjalan kaki kerana aku sedari dari kecil memang tidak tahu menunggang motosikal.Pasti bahu jalan yang menjadi daratanku untuk 'berlabuh'.Suatu hari,suamiku pulang dari tempat kerjanya dan memanggil aku dari halaman rumah.Aku segera keluar,tanpa aku duga,suamiku membelikan aku sebuah basikal berwarna merahjambu.katanya bagi memudahkan aku ke mana-mana.Aku terharu dengan keikhlasannya & jika direnungkan semula,rupanya akulah niqabis yang berbasikal itu.TERIMA KASIH YA ALLAH :')






Doa:
   Bismillahirrahmanirrahim..
''Ya Allah,janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada Kami,anugerahkanlah kami rahmat dari sisiMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.'' (Surah Ali Imran:8) :)






Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by

Post a Comment

Followers