komunikasi
komunikasi merupakan asas yang terpaling penting dalam hubungan, dengan komunikasi yang baik anda akan dapat menyampaikan pesanan atau maklumat yang jelas pada pasangan anda. tak dapat dinafikan sering berlaku salah faham/salah dengar dalam komunikasi antara pasangan
kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham berlaku, tidak salah jika kita mengamal sikap bertanya semulaa untuk mendapatkan kepastian. ye tak? hehe. dengan sikap bertanya semula ia dapat mengurangkan risiko salah faham.
hormat dan dihormati
hormat pasangan anda dan jangan sesekali memperkecilkan dirinya, cakap dengan nada yang sopan, lembut supaya pasangan anda rasa tenang dan dihormati. same goes to you, pasti ada korang dihormati dengan pasangan anda juga.
tunjukkan kasih sayang
haa ni korang pun mesti tau juga kan? keke. tunjukkan kasih sayang supaya pasangan a rasa akan kehadiran anda, tidak laa rasa kosong kan? kalau dah berjauhan pasti si dia rindu tahan gaban! trust me. keke.
beri salam
perkara ni mungkin nampak remeh tapi perkara ni la yang juga dapat mengeratkan hubungan korang. salam itu satu doa right? apabila anda memberi salam kepada pasangan anda maka anda mendoakan kesejahteraan pasangan anda. simple right? :)
beri peluang
perkara ni juga perlu dititik beratkan, jangan terlalu mengongkong pasangan anda, tak baek tau. sekali skala kalau dia nak keluar jalan-jalan dengan rakan-rakannya, oke bagi dia pergi, takkan 24jam duk berkepit or bersms juga kan? ada certain-certain tu kita perlu juga buat hal masing-masing. tapi! kalau dah keluar sama rakan-rakan jangan pula main mata tau! keke.
bergurau
alahaii manisnya kalau dia senyum kan? berguraulah dengan pasangan anda, cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa it will be a sweetest thing to share a smile :)
aminn. semoga berbahagia la selalu :)