Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday, January 13, 2011

cerpen : AQ kan ader

ermmmmmm
stkat nieyh sumer citer2 yg AQ ltak blom agi aq 
bce laa
mlas gler nk bce,aq bkan ske bce cte2
cm2,p aweq aq yg ske bce
2la aq ltak ,aq xla jiwang
smpai ske bce novel
bkan hell miey laa tuh
huhuhu
;0


     
lau asew bsan bce2 r ntuk AQ 
;o


" Tak payahlah!!" ujar Iman Amelia. Merah mukanya menahan marah terhadap geng M.A.T. 08.
" Eleh, jual mahal pulak," kata Mursyidi,ketua geng M.A.T. 08. Nama geng itu bermaksud nama ahli-ahlinya; Mursyidi, Aizat dan Taufiq. Geng itu ditubuhkan pada tahun 2008. Dari situlah terbentuk nama M.A.T. 08. Iman Amelia menarik muka. Kemarahannya memuncak. Dia tidak tahu mengapa geng itu gemar sekali mengganggunya.
" Eh, tarik muka pulak. Comellah!" laung Aizat. Suaranya samar-samar kerana Iman Amelia telah jauh meninggalkan mereka. Dia ingin pulang cepat. Waktu Maghrib kian hampir. Tiba-tiba, geng itu menghalang laluannya.
" Tepilah! Dah nak Maghrib! Orang nak balik!" jerit Iman Amelia.
" Kot ye pun, terimelah dulu. Kitorang ajak ni.." balas Taufiq.
" Orang kata tak nak, tak naklah! Tak paham ke?"
" Alah, adik manis. Manja betul die ni," uajr Aizat sambil menguis pipi Iman Amelia.

Tiba-tiba kedengaran suara dari jauh. Suara yang amat dikenali Iman Amelia. Suara itu juga dikenali geng M.A.T. 08. Dialah musuh utama mereka.

" Jangan kacau die dah!Kalau korang berani, kacaulah lagi!" Kata Haikalsambil menunjukkan buku limanya. Dia merupakan seorang yang berpengaruh di sekolah. Dia adalah seorang pengawas yang amat dikasihi guru-gurumya.
" Blahla wei. Balak die dah datang," kata Taufiq. Mereka terus memecut dengan laju. Tidak lama, mereka hilang dari pandangan. Haikal menuju kea rah Iman Amelia. Dia tersenyum.

"Ko okey tak?" tanya Haikal. Iman Amelia hanya mengangguk dan tersenyum.
" Terima kasih,Kal! Kalau takde ko,tak taulah macam mane…" balasnya.
"Relaxlah.. Lepas ni, kalau diorang ganggu ko lagi, panggil je aku. Aku kan ader"
"Yelah, terime kasih tau!" kata Iman Amelia.

Dia meneruskan langkah menuju ke rumahnya. Sementara Haikal memerhatikan rakannya, tidak sedar senja kian berlabuh.

* * *

Haikal dan Iman Amelia sudah berkawan sejak kecil lagi. Dahulu, mereka merupakan jiran. Mereka sering bersama ke mana pun mereka pergi. Ke sekolah, ke kedai, ke pecan.. Tapi, sejak Haikal berpindah ke bandar, mereka tidak selalu bersama lagi. Namun, ukhuwah mereka tetap sama. Iman Amelia mengganggap Haikal seperti abangnya. Namun, ada pihak yang memandang serong terhadap hubungan mereka.

Pernah suatu ketika, waktu Haikal dan Iman Amelia berjalan pulang dari sekolah, Syahdina, seorang yang amat membenci Iman Amelia menyindir mereka.

" Harap muke je baik. Perangai, macam setan! Menggatal siot, budak tu!" kata Syahdina kepada rakannya yang lain. Berderau darah Iman Amelia. Sebelum sempat dia membidas kata-kata Syahdina, Haikal menghalangnya terlebih dahulu.
" Sabar, Iman! Abaikan je diorang tu"

Mereka mempercepatkan langkah supaya lekas sampai ke rumah. Di rumah, setelah menukar pakaian, mereka duduk di pangkin di antara rumah mereka.

" Aku tak tahanlah, Kal.sampai bile aku kene sabar ni?" uajra Iman Amelia.
" ko ni, sejak bile Iman yang aku kenal cepat putus asa?"
" Aku dah penat tau. Panas je telinga ni dengar diorang cakap. Aku tak suke dibencilah.."
" Iman, relaxlah. Ustaz Nafis kan pernah cakap, sorang benci kite, dua orang sayang kite."
" Aku tau tu, tapi aku tak Nampak pun orang yang sayana aku? Mane?"
" Bengonglah ko. Ayah ko? 5 adik bawah ko? Diorang tak sayang ko?" Terdiam Iman Amelia.
"Relaxlah, sekalipun takde orang sayang ko, aku kan ader." Tambah Haikal. Iman Amelia tersenyum. Timbul rasa syukur dalam hatinya kerana memiliki seorang sahabat yang memahami seperti Haikal.

Haikal selalu mengingatkan Iman Amelia agar selalu bersabar. Kata-katanya tidak pernah dilupakan Iman Amelia. ‘ Sabarlah, Iman. Sabar tu kan sebahagian daripada iman’ Dan ketika itu, perkataan iman akan ditekankan. Iman Amelia tahu Haikal sengaja ingin mengenakannya. Tapi, dia tidak pernah kisah.

* * *

Kring… loceng rehat berbunyi. Pelajar-pelajar SMK Batu Berlapan mula berkeliaran melakukan aktiviti masing-masing untuk menghabiskan masa rehat selama 30 minit.

Haikal dan Iman Amelia juga sama melakukan aktiviti mereka. Mereka bertugas mengawasi kantin. Seperti biasa mereka lakukan hari-hari sebelumnya.

Tiba-tiba, Syahdina dan rakannya berlari dan tertolak orang yang sedang beratur untuk membeli makanan. Habis semangkuk laksa tertumpah terkena baju seorang pelajar.

" Syahdina, tolong jalan dengan teratur dan jangan berlari! Kan dah tumpah laksa tu! Adik okey?" kata Iman Amelia sambilmembantu pelajar itu membersihkan pakaiannya.
" Suka hati akulah nak buat ape pun. Ynag ko sibok ni kenape?"
" Ko terase nak kene gantung sekolah ke?"
" Oh, aku tak kesah. Lagi aku suke" katanya disambut hilaian tawa dia dan rakannya. Haikal yang sedang menjaga barisan lelaki menuju ke Iman Amelia setelah mendengar suasana kecoh.

" Ni ape kecoh-kecoh ni?" ujar Haikal.
" Alamak, balak die dah datang." Sindir Syahdina.
" Syahdina, tolong jage sikit mulut ko tu!" Iman Amelia menjerit. Semua pelajar di kantin memandang mereka. Lantas, Iman Amelia berlalu pergi ke Gazebo Ilmuyang terletak berhampiran dengan kantin.Haikal mengikutinya. Dari jauh, kedengaran jeritan Syahdina; ‘ Boleh blah la ko dengan balak ko!’

Iman Amelia tunduk.air mata jernih mulai mengalir. Kolam kaca yang dipelihara sejak tadi pecah juga akhirnya. Haikal duduk bertentangan dengannya.

" Iman, sabarlah.." ujar Haikal perlahan. Tiada balasan dari Iman Amelia.
" Ingatlah Ustaz Nafis cakap. Allah takkan membebani hamba-Nya selain dari kesanggupannya. Maksudnya mesti dugaan ni ko mampu pikul, sebab tu Allah bagi kat ko.jadi, sabar ek? Aku tak suke tengok ko nangis.." pujuk Haikal.

Iman Amelia mengesat air matanya. Senyuman diukirkan. Dia tampak manis apabila senyum kerana ada lesung pipit terbentuk. Cermin matanya dipakai kembali. Haikal menghulurkan tisu bagi mengesat air mata yang berbaki.

" Thanks. Aku tak taulah ape yang akan aku buat kalau ko takde. Terime kasih sebab naikkan semangat aku balik. You’re the one who understand me."
" Ingat lagu MJ erk. You’re not alone, I’m here with you, though you’re far away, I’m here to stay" Haikal menyanyikan lagu You’re Not Alone.
" iyolah tu. Thanks. Haikal, lapar.." kata Iman Amelia sambil memegang perutnya. Haikal mengerling jam tangan pemberian Iman Amelia sempena hari jadinya yang ke 12 tiga tahun dahulu. Waktu rehat masih berbaki 7 minit. Sempat ke nak makan? Tiba-tiba, seorang pelajar tingkatan satu datnag menghulurkan dua bungkus roti kepada Hakal.
" Terima kasih, Ijal." Kata Haikal kepada Rizal.
" Nah!" Haikal menghulurkan sebungkus roti untuk Iman Amelia.
" Bile mase ko pass kat die suruh beli?"
" Ini Haikallah! Dalam mimpi pun boleh.. Dah, cepat makan! Nanti habis rehat." Iman Amelia makan roti itu perlahan-lahan.tak lama kemudian, dia bersuara.
" Haikal, ko ni baik sangat. Terima kasih!"
" Well, I’m your superman tau! Oh bukan! Haikalman!"
" Yela tu. Hero baru lepas Cicakman ke?"
" Yup. So, kalau ade ape-ape, jangan nangis ye. Macam budak kecik. Datang jer carik Haikalman. Aku kan ader.tak payah nangis." Iman Amelia mengangguk. Geli hatinya melihat muka comel buat-buat Haikal. Tiruan betul! Kemudian, mereka sama-sama menuju ke kelas memandangkan waktu rehat sudah tamat.

* * *

" Biar betul, doctor?" ujar Encik Syukri, ayah Iman Amelia.
" Ya! keputusan ujian kami tak mungkin salah. Encik kene banyak bersabar."ujar Doktor Faiz.
" Jadi, ape yang perlu saya buat?"
" Buat masa ni, Atif hanya perlu makan ubat yang kami bagi. Bila pihak kami sudah jumpa penderma hati, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin." Terang Doktor Faiz.

Encik syukri keluar dari bilik Doktor Faiz. Dia menggamit Iman Atif seraya menuju ke kereta. Dalam perjalanan, Iman Atif asyik bertanya akan penyakitnya kepada ayah yang hanya membisu.

" Ayah, Atif sakit ape?"
" Tak ade ape-apelah. Tapi, kamu kene makan ubat yang doctor bagi tu ye?"
" Kalau tak sakit, kenape kene makan ubat?"
" Biar cepat besar." Terpaksa Encik Syukri menyembunyikan perkara sebenar.baginya, anak sekecil itu, tak sepatutnya menerima dugaan itu. Tapi, dia sedar pasti ada hikmahnya. Iman Atif hanya tersengih. Badannya yang terlalu kecil itu tidak menampakkan dia berusia 8 tahun. Matanya yang kian kuning menatap wajah Encik Syukri. Sayu dia melihat anak bongsunya itu.
" Ayah, nanti Atif ajak Abang Aqil makan sekalilah. Abang Aqil pun kecik jugak."
" Tak payah. Abang Aqil dah besar. Doctor kate Atif sorang je yang boleh makan ubat tu." Encik Syukri cuba menghalang Iman Atif berkongsi ubatnya. Iman Atif tersenyum. Dia duduk bersandar di kerusi. Tak lama kemudian, dia tidur.

Pintu depan dikuak.
" Ayah dah balik? Ayah pergi mane tadi?" tanya Iman Amelia. Dia lihat ayahnya mendukung adiknya, Iman Atif.
" Malam nanti ayah nak jumpa kamu dengan Azim kat bilik" kata ayahnya serius. Iman Amelia hanya mengangguk. Kemudian, dia mengarahkan adik-adiknya bersiap memandangkan waktu Maghrib menjelang tiba.

* * *

Kedengaran azan berkumandang dari Surau Al-Insan, berdekatan dengan rumah Iman Amelia. Adik-adiknya, Iman Azim, Iman Aqil dan Iman Atif bersiap-siap mengikut ayah mereka ke surau. Sementara, dia dan dua adik perempuannya, Iman Anisah dan Iman Ardini hanya menunaikan solat di rumah.

Seusai menunaikan solat, mereka memasak makan malam. Itulah tugas tiga perawan Encik Syukri sejak pemergian Zahrah, ibu mereka, tiga tahun dahulu akibat kanser payudara.

Tidak lama kemudian, ayah dan adik-adik Iman Amelia pulang dari surau. Lantas, Iman Amelia mengajak mereka menikmati makan malam yang sudah sedia dihidang. Namun, Encik Syukri memanggilnya dan Iman Azim ke dalam bilik seperti yang diamanahkan petang tadi.

" Nisah, tolong uruskan adik-adik, ya? ayah nak jumpa Kak Long dengan Abang Azim tu," arah Iman Amelia ringkas. Kemudian, dia menuju ke kamar ayahnya. Perlahan pintu diketuk. Setelah mendengar arahan untuk masuk, mereka berdua masuk. Iman Amelia duduk di sebelah ayahnya. Sementara Iman Azim hanya berdiri.

" Ada apa, ayah?" ujar Iman Amelia lembut. Encik Syukri memberitahu tentang adik mereka, Iman Atif. Ada riak terkejut terukir di wajah Iman Amelia dan Iman Azim.

" Doktor cakap dah sampai tahap kritikal. Sekarang kena tunggu penderma hati. Kalau dah ada hati yang sesuai untuk Atif, terus operation. Buat masa ni, kamu berdua tolong tengok-tengokkan Atif. Ayah kena cari kerja lain ni. Tak cukup gaji ayah nak bayar kos operation tu." Kata Encik Syukri. Iman Amelia sedar gaji ayah yang tidak sampai pun RM1000 tidak mungkin cukup untuk menampung mereka satu keluarga dan kos pembedahan yang mungkin mencapai RM10 000.

* * *
Jam sudah menunjukkan 12.35 malam. Iman Amelia masih belum tidur. Hatinya gundah memikirkan ayahnya yang masih belum pulang. Buku Science dihadapannya ditutup. Satu pun tak dapat masuk dalam fikirannya kerana asyik memikirkan ayahnya.

Dia menuju ke ruang tamu dan menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Jam dikerling lagi. Hampir pukul 1 pagi. Ayahnya masih belum pulang. Mata Iman Amelia kian tertutup. Tiba-tiba, pintu dibuka. Iman Amelia menoleh.

" Ayah!"
" Iman? Kamu tak tidur lagi?"
" Belum. Iman tunggu ayah. Ayah pergi mana?"
" ayah OT tadi. Lepas tu, ayah pergi cari kerja tambahan. Alhamdulillah, dapat kat Petronas depan tu. Dapat jugak tambah duit untuk kos operation Atif" Sayu Iman Amelia mendengar penjelasan ayahnya. Pengorbanannya tidak terbalas.
" Ayah pergi mandi dulu, Iman panaskan lauk." Encik Syukri hanya mengangguk dan tersenyum. Jelas kelihatan kedutan di wajahnya.

Iman Amelia menghidang lauk yang telah dipanaskan di atas meja. Tidak lama kemudian, Encik Syukri datang ke meja makan.

" Iman, kamu makanlah sekali,"
" Tak apalah, ayah. Iman dah makan tadi,"
" Klau macam itu, kamu tidurlah. Esok kamu sekolah pagi, kan?" Iman Amelia mengangguk. Dia meminta izin untuk pergi.

* * *
" Ayah, Iman pergi dulu.!" Kata Iman Amelia. Adik-adiknya sudah pun mengayuh basikal menuju ke sekolah awal pagi tadi. Iman Azim pula bersekolah di sesi petang. dia masih nyenyak di atas katilnya. Iman Amelia berjalan pantas. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah.

Setibanya di sekolah, Haikal menuju ke tempatnya.
" Hoi!" sergah Haikal.
" Waalaikumussalam," peril Iman Amelia.
" Err, assalamualaikum."
" Waalaikumussalam. Awal kau hari ni,"
" Ayah aku outstation. Terpaksa keluar awal. Eh, kenapa mata kau bengkak?" Haikal menegur.
" Aku tidur lambat malam tadi," Lambat Iman Amelia membalas.
" Kenapa kau tidur lambat?" Haikal bertanya. Tiba-tiba, loceng perhimpunan berbunyi.
" Nanti rehatlah aku cerita.." kata Iman Amelia lantas mengatur langkah ke tapak perhimpunan.

* * *
" Aku tak tahulah, Kal. Risau aku tengok ayah macam tu," kata Iman Amelia seraya menyuap roti ke mulutnya.
" Kau sabarlah. Allah nak tengok sejauh mana keimanan kau pada dia. Mesti ada hikmahnya."
" Aku sedih tengok Atif. Dia Nampak sihat. Tapi, tiba-tiba doctor cakap dia sakit. Kritikal pulak tu.kenapalah bukan aku yang sakit." Rintih Iman Amelia.
" Well, remember! I’m your Haikalman. Aku kan ader.. aku boleh tolong kau!"
" Ape yang kau boleh tolong?"
" Err…bagi sumbangan untuk kos operation…Ngee~"
" Haikal, aku tak nak terhutang budi kat kau. Keluarga kau dah banyak tolong kita orang. Kita orang takut tak mampu nak bayar balik,"
" Iman…Iman…kita dah lama kawan. Selama ni, aku pernah ungkit apa yang aku bagi? Kau ni macam tak kenal aku je. Aku tak kisah, pun. Hari ni hari kau. Esok, mungkin aku. So, kau tolong aku pulak. Betul tak?" Iman Amelia hanya mengangguk. Kata-kata Haikal tak mampu dibidas lagi. Dia memang seorang yang pandai membri hujah sesuai dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang peguam.
" Terima kasih, Kal. Kalau kau dengan family ada masa, baliklah Kampung Pinang. Tengok kita orang. Rumah kau dulu masih tak ada orang duduk, kau tau.."
" Oh ye ke? Aku ingat dulu sebelum kita orang pindah, ada yang nak duduk situ," Haikal bertanya. Mereka berbual panjang hingga tak sedar waktu rehat sudah hampir tamat.

* * *
" Assalamualaikum…"
" Waalaikumussalam. Eh, Haikal! Masuklah," Encik Syukri mempelawa Haikal masuk. Haikal menggamit ibu bapanya.
" Sihat, Syukri?" ujar Encik Razlan, ayah Haikal sambil bersalaman. Kemudian, mereka berdua berpelukan. Puan Ruhaila, ibu Haikal hanya tersenyum di sisi suaminya.
" Iman, tolong buatkan air. Haikal datang ni." Laung Encik Syukri. Berlari-lari adik-adik Iman Amelia apabila mendengarkan nama Haikal. Mereka memang rapat dengan Haikal. Iman Amelia mambancuh the. Seusai mengenakan tudung, dia membawa air dan sedikit juadah ringan buat keluarga Haikal. Cermat dia menuangkan the panas ke dalam cawan. Kemudian, dia menyalami ibu Haikal. Dia melabuhkan punggung di sebelah Haikal.

Kedatangan keluarga Haikal adalah untuk membantu dari sudut kewangan. Encik Syukri menolak pada awalnya. Tetapi, setelah beberapa kali dipujuk akhirnya dia terima juga.selepas berbual panjang, keluarga Haikal meminta diri untuk pulang.

" Ala, Abang Haikal tak ada, boringlah.." ujar Iman Aqil.
" Aqil ni, Abang Azim ka nada, Aqil mainlah dengan dia,"
" Tak best, dengan Abang Haikal je best.!"
" Betul! Abang Haikal duduklah sini," pujuk Iman Ardini pula.

Haikal memandang kedua ibu bapanya. Dia menjadi serba salah. Ibunya tersenyum seraya berkata, " Haikal duduklah sini dulu. Malam nanti, ibu ambil," Haikal mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya. Dia tersenyum panjang. Gembira benar adik-adik Iman Amelia. Sepanjang petang itu, Haikal melayani adik-adik Iman Amelia.

Malam itu, sementara menunggu ibunya datang, dia melepak bersama Iman Azim di pangkin.

" Aku nak jadi penderma hati untuk Atif," Haikal memulakan perbualan. Azim hanya membisu. Tidak lama kemudian, barulah dia memberi respon.
" Susah nak cari ahti yang sesuai. Kita orang punya pun tak sesuai, kau punya apatah lagi. Kau yakin ke hati kau sesuai untuk Atif?"
" Itu aku tak pasti. Nantilah, aku check kat hospital,"
" Tak payah merepeklah, Kal. Mak kau mesti tak bagi,"
" Eish, apa pulak. Aku nak bagi hati aku, bukan hati mak aku,"
" Tapi, mestilah dia risau keselamatan kau, lampi!" kata Azim seraya menolak bahu Haikal sedikit kasar. Geram sungguh dia dengan loyar Haikal. Haikal tergelak. Dia tahu itu tapi hasrat hatinya terlalu kuat untuk mendermakan hati untuk Iman Atif.

Mereka berdua menikmati panorama malam. Ibu Haikal masih belum tiba. Haikal bernyanyi kecil.

Andai kau pergi, andai kau pergi,
Andai kau pergi, hilanglah arahku,
Jangan kau pergi, usah kau pergi,
Andai kau pergi pasti hampir,
Berteman pilu sepanjang hayatku

Lagu Indigo; Andai Kau Pergi dinyanyikan Haikal perlahan. Azim hanya mendengar. Tiba- tiba kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah.

" Mak aku dah datangla," ujar Haikal. Mereka berdua bangun. Iman Azim masuk memanggil ayah dan adik-beradiknya yang lain.
" Terima kasih, Abang Haikal sebab temankan Atif,"
" Sama-sama," Sayu Haikal melihat anak kecil itu.perutnya kembung dek hati yang kian membengkak.
" Terima kasih, Haikal. Lain kali datang lagi ke sini," Encik Syukri pula berkata. Haikal hanya tersenyum. Kemudian, Haikal pulang diirringi lambaian keluarga Iman Amelia.

* * *
Malam sudah larut tapi mata Haikal masih belum mahu tertutup. Dia bingkas bangun dari katil lalu duduk di meja belajarnya. Tangannya mencapai sebatang pen. Puisi ringkas ditulis meluahkan rasa hati. Dia bukanlah seorang yang puitis atau pujangga. Tetapi, ini berlaku secara tiba-tiba. Dan, ianya tidak dipinta.

Ku lihat mentari mencelah masuk
Menyerakkan sinarnya
Burung-burung kembali riang
Beriringan terbang
Pelangi terukir di langit
Tujuh warna ceria
Selepas hujan, memuramkan alam
Membawa kedukaan tanda kesedihan

Kagum ku lihat fitrah dunia, ciptaan Ilahi
Tapi, dapatkah aku menikmatinya esok hari?

-1.25 pagi-
- Haikal Ridhwan –

Haikal membiarkan kertas itu di atas meja. Kemudian, dia berbaring di atas katil. Tidak lama, matanya terpejam erat. Tidur, merehatkan diri setelah seharian bermain, melayani adik-adik Iman Amelia.

* * *
" Assalamualaikum!!!" Kedengaran suara orng memberi salam dari luar rumah. Iman Amelia sedang memakai tudung waktu itu. Dia meluru ke hadapan. Langsir diselak untuk melihat tetamu yang datang. ‘ Oh, Haikal!’ bisiknya.

" Waalaikumussalam," balasnya. Sambil membuka pintu. Haikal tersenyum.
" Kau dah siap, jom!" Haikal mempelawa Iman Amelia pergi ke sekolah bersama-sama.

Iman Amelia mengunci pintu rumahnya setelah mengambil beg sekolah.

" Kenapa tiba-tiba je ni?"
" saje, manelah tahu kau rindu kat aku nanti,"
" Eeii, tolonglah!"

Mereka berjalan bersama-sama. Tiba-tiba, geng M.A. T. 08 muncul.

" Fulamak, datang dengan balak dialah…" kata Aizat.
" Takde chance nak ngorat. Adussss…" Taufiq menambah. Iman Amelia dan Haikal hanya memekakkan telinga. Mereka hanya mempercepatkan langkah supaya cepat tiba ke sekolah. Tiba-tiba, di suatu selekoh, ketika mereka ingin melintas jalan, Mursyidi menghalang laluan mereka.

" Kenapa kau suka ganggu kita orang? Ada kita orang ganggu hidup kau?" kata Iman Amelia.
" Suka hati akulah! Aku suka… ganggu kau orang," sebenarnya, Mursyidi cemburu melihat Iman Amelia bersama Haikal. Sudah lama dia perasaannya terhadap Iman Amelia.

Iman meluru ke hadapan, melintas tanpa melihat kiri dan kanan. Tanpa disedari, ada sebuah lori kontena muncul laju. Iman Amelia kaku. Tiba-tiba, tangannya ditarik kasar.
" Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!!" Matanya kabur. Kepalanya berpinar-pinar. Akhirnya, pandangan menjadi gelap.

* * *
" Kak Long!" Iman Azim seronok melihat kakaknya sedar. Iman Amelia hanya tersenyum tawar melihat ayah dan adik-adiknya. Wajah yang dicari tidak ada. Yang ada hanya ibu bapanya.

" Mana Haikal?" ujar Iman Amelia lemah. Encik Razlan dan Puan Ruhaila hanya tunduk. Ada air jernih mengalir dari mata Puan Ruhaila.
" Kenapa ni? Mana Haikal?" tanya Iman Amelia lagi.
" Iman, sabar ya. Haikal dalam bilik pembedahan. Dia tengah menjalani pemindahan hati dengan Atif," kata Encik Syukri menenangkannya. Iman Amelia tersenyum. Hatinya lega mendengar kata-kata ayahnya. Hakikatnya, bukan Haikal yang menjalani pembedahan itu. Hanya jasad tanpa roh…

* * *
Iman Amelia menyapu mukanya. Orang ramai mula meninggalkan tanah perkuburan tapi dia tetap di situ, tidak berganjak. Puan Ruhaila, ibu Haikal menghampirinya. Terdapat sehelai kertas putih di tangannya.
" Iman, sabarlah. Mesti ada hikmahnya," pujuk Puan Ruhaila.
" Em, maaf, mak cik. Saya tak sepatutnya menangis lebih-lebih. Maafkan saya juga sebab tak dapat jaga Haikal baik-baik," ujar Iman Ameliasambil tersenyum tawar. Air matanya dikesat.
" Bukan salah Iman. Dah memang ajal dia. Ni, Haikal punya. Iman ambiklah," Air jernih kelihatan mengalir di pipi Puan Ruhaila. Kertas putih itu kini sudah bertukar tangan.

Iman Amelia mengucapkan terima kasih kemudian Puan Ruhaila berlalu meninggalkan tanah perkuburan. Ayahnya menggamit. Dia faham lalu mengangkat punggung membuntuti ayahnya.

Di dalam kereta, Iman membuka lipatan kertas itu dengan penuh berhati-hati. Bait kata-kata yang tertulisdibaca satu per satu. Air matanya tak mampu ditahan lagi. ‘Ya, Haikal! Sekarang aku sangat rindu kat kau!’ bisik Iman Amelia.

Tiba-tiba, berkumandang lagu Andai Kau Pergi dari siaran Hot fm berfrekuensi 97.6 di Lembah Klang. Hatinya sayu. Matanya berkaca lagi. Iman Azim menoleh ke belakang memandang kakaknya, Iman Amelia.

" Kak Long, Haikal pernah nyanyi lagu ni waktu malam hari tu," Mendengarkan kata-kata Iman Azim, air matanya gugur lagi.

' Haikal, terima kasih sebab selamatkan aku. Tapi, kenapa mesti kau terkorban? Oh, kau kan Haikalman aku… Dulu, kau selalu cakap ‘aku kan ader…’ tapi sekarang kau dah tak ada. Siapa yang akan ganti tempat kau untuk cakap macam itu?’ bisik Iman Amelia. Hatinya menangis lagi.

"Andai kau pergi, andai kau pergi,
Andai kau pergi, hilanglah arahku,
Jangan kau pergi, usah kau pergi,
Andai kau pergi pasti hampir,
Berteman pilu sepanjang hayatku"
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by

Post a Comment

Followers