Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, January 9, 2011

Cerpen : Dialah suamiku

haa,.,.
bgi prempuan bce r citer nieyh
aq pom xbce agi sbnor ea
bce cket ja tdi mlas dtg mlanda
ape agi sila2 r bce
huhuhu
lpas bce bgi r kmen cket
;)







Dia adalah suamiku…

Petang itu seperti biasa aku terpaksa menaiki bas untuk sampai kerumah..Didalam bas fikiranku menerawang mengingatkan kenanganku bersamanya sehingga tidak sedar seorang konduktor bus meminta tiket untuk di check.. aku terpaksa berdiri kerana harini bus penuh . Setibanya dirumah aku terus menuju ke bilik. Aku menghempaskan tubuhku diatas katil. Tanpa sedar aku sudah terlelap sehingga aku dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat pintu. Rupa-rupanya angin rebut sedang melanda. Rumahku berhampiran dengan pantai. Jika ada kelapangan aku sering kepantai untuk menghirup udara segar selain menikmati keindahan matahari terbenam.

***********************************
"umi harini umi masak ape?? Yun lapar la satu hari tak makan" kataku pada umi iaitu ibuku. "umi tak masak pe pe pun Cuma daging masak kicap n sayur kangkung belacan". Aku tersenyum pada ibuku, dia seperti tahu makanan kegemaranku. Selesai makan aku terusduduk diruang tamu dan menonton tv. Ku buka siaran berita untuk mengetahui perkembangan semasa. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon. Lagu izinkan namamu dihati dari kumpulan EYE sengaja kuletakkan sebagai lagu deringan handphone ku. Segera ku capai hp yang terletak disebelah tv. Aku tersenyum melihat nama nasrul tertera didalam hp. Lalu aku terus menekan punat menjawab.
"Assalamualaikum sha..buat per tu??? Busy ker ?? dah makan ?
"waalaikumsalam…x da buat pepun,just tengok tv berita jer ni… yang buat per tu???
" buatper lg…sha x dengar ker suara yang ni??? Tgh cakap dengan sha la… buat per lagi …
"hehehe sha sajer jer tanya mana tau tgh mengorat awek lain ker selain sha…. Maklumla sha kan x lawa.."sengaja kuduga perasaannya pada ku. " ish sha ni kesitu plak dier..cari betul-betul kang baru tau…menangis plak kene tinggal dengan yang….sha nak ker kalau yang btl2 tinggalkan sha??? X nak kan… sha adalah yang palingistimewa pada yang tau.. yang betul-betul sayang pada sha. Kalo boleh yang nak kita kawin sekarang juga.
Aku terdiam mendengar tutur bicaranya. Sungguh aku juga menyayanginya sepenuh hatiku.
"yang ni..sabar la,sha bukan x sedia lagi…tapi kewangan kita belum kukuh lagi . lagipun kita kan perlukan belanja yang banyak untuk majlis kita nanti."
"sha..yang akan bertukar kesarawak,kalo boleh yang nak bawa sha sekali,yang takut sha akan berubah hati pada yang nanti. Maklumla yang akan kesana selam 4@5 tahun. Sanggup ker sha tunggu yang ni. Sha…yang sayang sangat pada sha. Yang nak sha dalam hidup yang."
Aku terdiam..benar ape yang dikata olehnya??? Dia akan dipindahkan kesarawak?? Oh tidak… x dapat dibayangkan perasaanku apabila tidak bertemu dengannya nanti. Mesti hari-hariku dilanda sunyi dan perasaan rindu membelengui diriku..
"betulke yang nak pergi Sarawak.. kenapa xcakap pada sha?? Bila yang nak pergi??? X boleh ker ganti pada org lain?? Kenapa yang plak yang kena pergi"Bertalu-talu soalan ku lemparkan padanya. "yang pergi esok,yang bukan x nak bagitau awal pada sha Cuma yang x mau sha sedih jer".
Aku terus mematikan talian. Aku kecewa sedih kerana baru harini dia memberitahu ku. Kenapa tidak 1 mggu yang lepas. Sekurang-kurangnya aku dapat jumpa dirinya buat kali terakhir untuk melepaskan rinduku dan sayangku dulu padanya sebelum dia berangkat kesarawak. Hp masih berdering tetapi aku membiarkan saje kerana merajuk dengan dirinya.
*************************************
Sudah 1 bulan pemergian dirinya kesarawak. Namun khabar berita tidak dikirim padaku. Aku semakin gelisah. Aku terlalu rindu padanya. Tiba-tiba ku terima 1 sms darinya. Katanya dirinya amat sibuk kerana terpaksa berkursus selama 4 bulan di kuching. Aku memblas sms darinya. Ku katakana aku rindu benar padanya dan teringin sekali untuk mendengar suara nya walau sekejap. Namun dia tidak membalas sms dariku. Aku hampa.
Lalu aku putuskan untuk menerimanya nya saja bahawa dia amat sibuk dan tidak mempunyai masa. Arini ini aku seperti biasa masuk kerja awal. Kerja-kerja ku sangat banyak. Aku selesaikan juga satu persatu dan akhirnya ia selesai juga. Aku berasa lega. Aku membuka emailku kerana kurasakan sudah lama aku tidak membukanya. Ku lihat ada 24 email kesemunya. Dan aku membca 1 persatu. Selesai membaca aku buka pula ym ku. Tiba-tiba aku di buzz.. rupanya ada seseorang ingin berchating denganku. Namanya samaran yang diguna adalah pakmat. Aku pun melayan sementara x da benda nak dibuat. Semakin hari semakin rapat diriku dengan pakmat.. nama sebenarnya ialah mohd zakry bin Abdullah. Kerap juga aku kuar dengannya. Dan dia pernah meluahkan perasaannya padaku. Namun kukatakan padanya aku sudah mempunyai buah hati pengarang jantungku. Dia tidak pedulikan semuanya. Katanya itu semua tidak penting. Yang penting aku terima dirinya. Aku menjadi semakin bingung kerana aku ingin menjadi seorang yang setia pada cinta. Cintaku pada mohd nasrul amatlah dalam. Tiada yang boleh membuatkan cintaku tergugat walau sedikit pun. Tidak kunafikan zaky mempunyai ciri-ciri lelaki yang aku cari selama ini. Penyabar,teguh agamanya dan sering membuatku rasa dilindungi apabila bersamanya. Namun hatiku tetap mengatakan aku masih terlalu sayang pada buah hatiku iaitu nasrul. Nasrul adalah cinta pertama ku. Dia lah yang mengajarku erti cinta. Dia lah juga yang bersusah payah memujukku untuk menerimanya walaupun aku tau dia tidaklah baik sangat. Dia berasal dari kelantan. Aku tau ibubapaku tidak dapat menerima hubungan aku dengan nasrul hanya kerana dia seorang yang berasal dari kelantan. Pernah aku suarakan niatku untuk berkahwin dengan nasrul pada kelurgaku namun ayahku menentang bulat-bulat. Katanya orang sana lelaki semuanya pemalas. Lelaki yang berasal dari kelantan akan menduakan isterinya. Aku hanya berdiam driri. Tidak dapat aku melawan kata-kata family ku. Namun kuteruskan juga hubunganku dengan nasrul dan kini dalam masa yang sama aku juga mempunyai hubungan dengan zaky.
*********************************

"yun,ayah dan umi dah terima 1 pinangan dari seseorang. Orangnya baik..kerja pun bagus" kata ibuku.
"apa ni umi,kenapa tak cakap dan bincang dengan yun dulu. Kenapa umi aturkan perkahwinan yun. Yun tak nak kahwin..yun tak kenal orang tu..dan yun x nak kawin dengan saper pun. Yun dah ada cinta yun. Yun nak kahwin dengan dia…tolong la umi ayah…tolong tolak pinangan tu".
"tapi yun ayah dah terima , tak kan ayah nak tolak, lagipun tak manis kita buat macam tu. Ayah nak yun terima dan ini adalah arahan dari ayah." Kata ayah ku. Ayahku memang terkenal dengan sikap tegasnya. Dia sememangnya garang adik berdik ku yang lain juga tidak berani melawan cakapnya. Sekiranya dilawan silap-silap kena penampar darinya.
Aku terus berlalu kebilik. Didalam bilik aku menangis semahunya. Aku mencapai hp ku. Aku mendail nombor buah hatiku nasrul.. namun panggilan tidak dijawab. Lalu aku berulang kali mendail. Keadaan masih sama. Tidak juga diangkat. Aku kecewa. Akuputuskan talian. Aku mendail nombor zaky pula . kali ini panggilan diangkat.
"assalamualaikum. Awk buat apa tu" kataku
"waalaikumsalam,x da buat pe. Tengah baring n rilek2 jer. Knape awk call ni..awk ada masalah ker ??? suara awk macam sedang menangis jer" zaky pula bertanya padaku.
" saya nak tanya awk boleh "
"tanyala kalo saya boleh jawab. Kenapa ni"
"awk..awak ke yang masuk meminag saya??? Kenapa awk x cakap pada saya dulu? Kenapa buat saya macam ni. Saya x sedia lagi n saya x nak kawin dengan awk…"
"eh..x da la..mana ada..saya tau awk ada orang yang paling awk sayang…x kan la saya sanggup nak wat mcm tu pada awk. Bukan saya yang minang awk. Kenapa??? Ada orang pinang awk ker ? erm…bagus la beruntung orang tu dapat awk .."
Aku terkejut, kusangkakan zaky yang meminag ku kerana ku tahu dia penah menyuarakan hasratnya dulu padaku.
"bukan awk ker ?? abis tu saper ??? awk saya x sanggup nak kawin dengan orang yang saya langsung x kenal. Inikan pula akan menjadi suami saya.. oh tidak….awk,tolong la saya… aper yang saya nak buat???
"awk terima jer la, mungkin ada hikmah sebaliknya.."
Malam itu aku tidak dapat lena tidur mengenagkan aku balkal menjadi isteri kepada seorang suami yang aku sendiri x kenal asal usulnya.

**************************************

"yun..arinin kamu akan jadi isteri orang…jaga tingkah laku kamu.. jangan ingkar kata-kata suami.." ibuku serta ayahku mengingatkan ku.
Aku berasa amat sedih serta berdebar… siapalah gerangan yang menjadi suamiku itu. Aku mengelamun sendiri.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara-suara diluar bilikku. Aku makin berdebar. Pengantin lelaki akan masuk kebilikku.. aku semakin menggeletar. Satu suara datang menyapaku.
"assalamualaikum" katanya. Aku seperti kenal akan suara tersebut. Suara yang paling aku rindukan dan suara yang paling aku dambakan serta suara yang paling aku sayang.
"waalaikumsalam" balasku didalam hati. Aku makin berdebar..tangan ku dipegang..cincin disarungkan. Aku menyalami tangan suamiku..namun aku masih tunduk seribu bahasa. Aku rasa takut yang teramat sangat . apa akan jadi selepas ini. Tiba-tiba dahiku dicium mesra oleh suamiku. Lama disitu.. aku merasakan sesuatu yang lain dari perasaanku yang tadi. Aku rasa terlampau bahagia. Aku menangis. Gugur airmataku dihadapan seorang lelaki yang aku x kenali. Yang telah menjadi suamiku. Mukaku diangkat oleh suamiku.
"kenapa menagis ni ?? sha x sayang pada abang ker ??? mataku yang pejam tiba-tiba terbuka. Aku kenal suaranya. Aku seperti ingin menjerit kegembiraan.
Senyuman terukir dibibirnya..aku lihat dia tersenyum manis kepada ku. Aku berasa malu…tidak ku sangka orang yang meminag dan menjadi suamiku adalah orang yang aku sayang.
"kenapa yang buat sha macam ni ??? kenapa yang x bagitau sha yang masuk pinang sha??? Yang jahat. Buat sha macam ni.. yang tau x sha hampir nak larikan diri dari perkahwinan ni tau x ?? kataku geram kepadanya.
"sekarang nak lari lagi x ?? sha sekarang dah jadi milik yang… x perlu lari-lari lagi… yang suami sha sekarang" katanya sambil memeluk n memicit hidungku. Aku berasa malu. Tidak ku sangka keluarga ku menerima pinangan dari suamiku. Dahulu mereka amat membantah sekiranya aku ingin berkahwin dengannya lebih-lebih lg orang kelantan atau pantai timur.
"kenapa menung-menung ni..ingat kat pakwe la tu ???? rajuk suamiku.
"mana ada ..sha Cuma teringat kata-kata ayah n family bila sha kata nak berkahwin dengan yang. Sekarang sha x sangka family shaboleh menerima pinangan dari yang… aper yang telah Yang lakukan dan katakana pada family sha"?
"x da pepun. Just yang tunjukkan keihlasan yang jer pada sha n ayah terima" kata suamiku pula. "dah-dah..x payah pikir2 lagi… yang dah mengantuk ni…jom tido.." katanya dengan senyuman nakal. Aku tersipu malu…
"apa lagi tu… cepatla tutup lampu tu…baring kat sebelah yang ni… yang nak peluk sha puas-puas… yang rindu sangat tau…" "eeeeeeee… x mau la… yang tu buchuk la gi mandi dulu…" "x baik tau ingkar cakap suami…nusyuz namanya… baik cepat…" suamiku mula mengugut.
Aku terpaksa mengalah…lampu kututup juga akhirnya. Kini aku sangat bahagia bersamanya. Syukur yang tak terhingga….
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by

Post a Comment

Followers